PRU15: DUN Bugaya kekal milik Warisan

Petrus Bernard
November 19, 2022 02:53 MYT
Jamil (tengah) diumumkan menang bagi kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK).
SEMPORNA: Calon Parti Warisan yang menang di kerusi DUN Bugaya, Jamil Hamzah akan menyelesaikan tiga isu utama di kawasan DUN tersebut.
Ketika ditemui selepas pengumuman kemenangannya, beliau berkata, tiga masalah itu adalah melibatkan bekalan air bersih, jalan raya dan masalah jaringan jalur lebar di kawasan itu.
"Tiga permasalahan ini perlu diberi perhatian dalam usaha memberi keselesaan kepada rakyat di DUN Bugaya," katanya.
Pada Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya, Jamil menang selesa dengan majoriti 6,629 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Abd Aziz Mohd Ibno yang hanya memperoleh 4,753 undi.
Sementara calon Pakatan harapan(PH) hanya memproleh 562 undi disusuli calon Bebas, Jufazli Shi Ahmad @ Tongko yang mendapat 693 undi.
Manakala calon PPRS, Karil PG Kuraini berada ditangga kelima dengan jumlah 150 undi, calon Pejuang, Mohd Hassan Abu Bakar 130 undi serta calon PBM dengan 98 undi.
#PRU15 #Malaysia Memilih #DUN Bugaya #Jamil Hamzah
;