PRU15: Dua calon Pemuda BN menang di Putatan dan Kalabakan

Astro Awani
November 19, 2022 01:59 MYT
Dua calon Pemuda Barisan Nasional, Datuk Shahelmy Yahya dan Andi Muhammad Suryady Bandy masing-masing menang di kerusi Parlimen Putatan serta Kalabakan.
KUALA LUMPUR: Dua calon Pemuda Barisan Nasional, Datuk Shahelmy Yahya dan Andi Muhammad Suryady Bandy masing-masing menang di kerusi Parlimen Putatan serta Kalabakan.
Shahelmy menang dengan majoriti tipis 124 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, Awang Husaini Sahari dalam pertembungan empat penjuru.
Turut tewas Calon Warisan, Ahmad Mohd Said dengan 8,511 undi manakala calon Pejuang Poyne B Tudus dengan 394 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seramai 63,173 jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Putatan.
Sementara itu Andi Suryady menang dengan majoriti selesa 9,100 undi menewaskan empat calon dalam pertandingan lima penjuru.
ANdi Suryady mendapati 23,855 undi menewaskan calon Warisan yang juga penyandang kerusi Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman dengan 14,755 undi.
Manakala anak kepada bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Noraini Ghapur daripada Pakatan Harapan mendapat 9,398 undi.
Sementara calon pejuang Nur Aini Rahman serta calon Bebas Muhamad Dhiauddin Hassan masing-masing mendapat 1,681 dan 341 undi.
#Barisan Nasional #Politik Sabah #PRU15 #Malaysia Memilih
;