PRU15: Cuti khas di Sarawak dilanjutkan sehingga 19 November
Astro Awani
November 15, 2022 16:10 MYT
November 15, 2022 16:10 MYT
KUCHING: Kerajaan Sarawak melanjutkan cuti umum yang diisytiharkan pada 18 November ini sehingga 19 November bagi memudahkan pengundi di negeri ini menjalankan tanggungjawab demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) kenyataan itu dimaklumkan Pejabat Premier Sarawak pada Selasa.
Terdahulu Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Datuk Abang Openg dalam satu sidang media di Tanjung Manis.mengisytiharkan 18 November ini sebagai cuti umum bagi memberi laluan kepada rakyat negeri ini menunaikan proses demokrasi
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti pada 18 hingga 19 November ini semaa merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya.