PRU15: Calon PH antara yang terawal tiba di pusat penamaan Tasek Gelugor

Umavathi Ramayah
November 5, 2022 09:56 MYT
Nik Abdul Razak (tengah) bersama pencadang dan penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor di Institut Kemahiran MARA, Seberang Perai Utara, pagi ini. - Foto Astro AWANI
TASEK GELUGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen P.042 Tasek Gelugor di Institut Kemahiran MARA (IKM), Seberang Perai Utara, di sini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat tiba kira-kira pukul 9.01 pagi.
Nik Abdul Razak yang lengkap berbaju Melayu tiba dengan diiringi pencadang dan pengiring.
Beberapa minit kemudian, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhammad Yussof Mohd Noor pula tiba pada 9.08 pagi, diikuti calon Warisan Mohd Akmal Azhar pada 9.10 pagi.
Ia disusuli calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saifulrudin Wan Jan pukul 9.12 pagi dan Dr Abdul Halim Sher Jun dari GTA pukul 9.14 pagi.
Setakat pukul 9.30 pagi, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang sebelum ini dikatakan akan bertanding atas tiket bebas masih belum kelihatan.
Pada PRU14, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi calon UMNO, Datuk Shabudin Yahaya dengan majoriti tipis sebanyak 81 undi.
Beliau kemudian keluar parti, menyertai Bersatu.
Parlimen Tasek Gelugor menyaksikan kira-kira 78.2 peratus pengundi Melayu, diikuti Cina (16.6 peratus) dan India (4.9 peratus).
#Parlimen Tasek Gelugor #penamaan calon #PRU15 #Calon PRU15
;