PRU15: Calon KDM, Wetrom Bahanda menang di Kota Marudu

Astro Awani
November 20, 2022 12:34 MYT
Wetrom Bahanda (gambar) menewaskan Maximus Johnity Ongkili yang juga bekas Menteri Kabinet tewas. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahanda menang di kerusi Parlimen Kota Marudu dengan majoriti sebanyak 8,174 undi.
Beliau yang mendapat 24,318 undi menewaskan lima lagi calon yang lain.
Pesaing-pesaing beliau ialah Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili (GRS) mendapat 16,144 undi, Jilid @ Zainuddin Kuminding (Warisan - 5,320 undi), Shahrizal Denci (Muda - 3,225 undi), Norman Tulang (Bebas - 660 undi) dan Mohd Azmi Zulkiflee (Pejuang - 279 undi).
Keputusan kerusi tersebut tidak dapat diumumkan semalam susulan proses pengiraan dan penjumlahan undi kerusi Parlimen tersebut tidak dapat diteruskan akibat cuaca buruk.
#Datuk Wetrom Bahanda #Kota Marudu #PRU15 #Malaysia Memilih
;