PRU15: BN, PN dijangka umum calon Selasa malam

Astro Awani
Oktober 31, 2022 15:48 MYT
Berdasarkan surat berkaitan majlis pengumuman itu yang tersebar, kedua-dua gabungan itu difahamkan akan membuat pengumuman di Kuala Lumpur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mewakili gabungan masing-masing pada Selasa.
Berdasarkan surat berkaitan majlis pengumuman itu yang tersebar, kedua-dua gabungan itu difahamkan akan membuat pengumuman di Kuala Lumpur.
Bagi BN, pengumuman calon akan dibuat jam 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Manakala bagi PN, pengumuman calon akan dilakukan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) jam 8 malam.
Astro AWANI akan mendapatkan pengesahan rasmi mengenai majlis berkenaan.
Setakat ini Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan sebahagian besar calon yang akan bertanding dalam PRU15.
#PRU15 #pengumuman calon BN #pengumuman calon PN #1 november