PRU15: BN Perlis tampil lima muka baharu di kerusi DUN

Bernama
November 2, 2022 22:30 MYT
Datuk Seri Azlan Man berkata perubahan yang dilakukan itu bersifat evolusi tanpa menganggu-gugat perjalanan parti di negeri berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
KANGAR: Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan lima muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mereka ialah Saiful Daniel Mohd Yusof bagi kerusi DUN Sena, Lim Weng Khee (Indera Kayangan), Kamarudin Malek (Kuala Perlis), Syed Atif Syed Abu Bakar (Pauh) dan Sharifudin Ahmad (Sanglang).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata perubahan yang dilakukan itu bersifat evolusi tanpa menganggu-gugat perjalanan parti di negeri berkenaan.
Berikut senarai calon BN bagi kerusi DUN Perlis:
N01 Titi Tinggi - Teh Chai Aan
N02 Beseri - Ruzaini Rais
N03 Chuping - Asmaiza Ahmad
N04 Mata Ayer - Siti Berenee Yahaya
N05 Santan - Azizan Sulaiman
N06 Bintong - Datuk Seri Azlan Man
N07 Sena - Saiful Daniel Mohd Yusof
N08 Indera Kayangan - Lim Weng Khee
N09 Kuala Perlis - Kamarudin Malek
N10 Kayang - Hamizan Hassan
N11 Pauh - Syed Atif Syed Abu Bakar
N12 Tambun Tulang - Datuk Ismail Kassim
N13 Guar Sanji - Rozieana Ahmad
N14 Simpang Empat - Nurulhisham Yaakob
N15 Sanglang - Sharifudin Ahmad
-- BERNAMA
#PRU15 #Malaysia Memilih #BN #DUN