PRU15: BN Perak umum calon, semua Exco BN kekal

Abd Razak Mohd Ali
November 2, 2022 14:08 MYT
Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, disamping menampilkan ramai muka baharu dan calon muda, ada juga di antara calon lama yang tidak dicalonkan semula.- Foto BERNAMA
IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan semua lima Exco kerajaan negeri kekal bertanding di kawasan lama.

Mereka ialah Datuk Mohd Zolkafly Harun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah); Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup); Khairul Shahril Mohamed (Bota) and Ahmad Saidi Mohd Daud (Changkat Jering).

Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, disamping menampilkan ramai muka baharu dan calon muda, ada juga di antara calon lama yang tidak dicalonkan semula.

"Selalu saya sebut, apabila kita tidak dicalonkan lagi, kita kena akur sebab tempat itu bukan kepunyaan kita, tempat itu kepunyaan parti..parti pinjam kepada kita, bila parti nak balik bagi pada orang lain, semua orang kena akurlah.
"Begitu juga pesanan untuk saya, bila tiba masanya, parti merasakan saya perlu berhenti, saya akan berhenti. Saya tak akan buat kacau sebab saya tahu, saya insaf faham, the seat belongs to party," katanya.

Beliau ditemui selepas mengumumkan calon BN Perak di sebuah hotel di Ipoh, pada Rabu.

Menurutnya, empat kerusi DUN masih belum diumumkan kerana MIC masih belum memaklumkan calon-calon mereka.

Empat kerusi itu ialah Aulong, Jelapang, Sungkai and Buntong.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Berikut senarai nama calon PRU15 BN Perak:
1. P. 054 GERIK
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (calon baharu)
N.01 PENGKALAN HULU
Datuk Aznel Ibrahim
N.02 TEMENGOR
Salbiah binti Mohamed
2. P.055 LENGGONG
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah
N.03 KENERING
Rohaida Mohamad Yaakub (calon baharu)
N.04 KOTA TAMPAN
Datuk Seri Saarani Mohamad
3. P. 056 LARUT
Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud (calon baharu)
N.05 SELAMA
Faizul Rizal Zulkifli (calon baharu)
N.06 KUBU GAJAH
Osman Ahmad
N.07 BATU KURAU
Saliza Ahmad (calon baharu)
4. P.057 PARIT BUNTAR
Imran Mohd. Yusof (calon baharu)
N.08 TITI SERONG
Shahrul Nizam Razali (calon baharu)
N.09 KUALA KURAU
Mohd. Jamil Jahaya (calon baharu)
5. P.058 BAGAN SERAI
Zul Helmi Ghazali (calon baharu)
N.10 ALOR PONGSU
Datuk Sham Mat Sahat
N.11 GUNONG SEMANGGOL
Nazirul Jamaluddin (calon baharu)
N.12 SELINSING
Mohamad Noor Dawoo
6. P. 059 BUKIT GANTANG
Mohammad Sollehin Mohamad Tajie (calon baharu)
N.13 KUALA SEPETANG
Mohd. Kamaruddin Abu Bakar
N.14 CHANGKAT JERING
Ahmad Saidi Mohamad Daud
N.15 TRONG
Jamilah Zakaria
7. P.060 TAIPING
Neow Choo Seong
N.16 KAMUNTING
Dato’ Haji Ahmad Shalimin bin Haji Ahmad Shaffie
N.17 POKOK ASSAM
Ang Sui Eng
8. P.061 PADANG RENGAS
Datuk Mohd. Ariff bin Abdul Majid
N.19 CHENDEROH
Khairuddin bin Mohamed Azahari
N.20 LUBOK MERBAU
Mohamad Azir bin Ismail
9. P.062 SUNGAI SIPUT
S.T Vigneswaran A/L M.Sanasee
N.21 LINTANG
Dato’ Hj. Mohd. Zolkafly bin Harun
N.22 JALONG
Pan Chean Chang
10. P.063 TAMBUN
Dato’ Aminuddin Md. Hanafiah
N.23 MANJOI
Dato’ Hj. Azizul Kama bin Abd. Aziz
N.24 HULU KINTA
Datuk Mazlan bin Abdul Rahman
11. P.064 IPOH TIMOR
Ng Kai Cheong
N.25 CANNING
Woo Kok Toong
N.26 TEBING TINGGI
Khoo Boon Chuan
N.27 PASIR PINJI
Soo Poh Yeow
12. P.065 IPOH BARAT
Low Guo Nan
N.28 BERCHAM
Ho Wai Mun
N.29. KEPAYANG
Lim Huey Shan
13. P.066 BATU GAJAH
Teoh Chin Chong
N.32 MENGLEMBU
Phoon Kai Mun
N.33 TRONOH
Leong Chee Wai
14. P.067 KUALA KANGSAR
Datuk Hj. Maslin Sham bin Razman
N.34 BUKIT CHANDAN
Azizul Rahim bin Abd. Rahman
N.35 MANONG
Mustafa Shah bin Abdul Hamid
15. P.068 BERUAS
Ding Siew Chee
N.36 PENGKALAN BARU
Azman bin Noh
N.37 PANTAI REMIS
Looi Tuan Gin
N.38 ASTAKA
Chieng Lee Chong
16. P.069 PARIT
Dato’ Mohd. Nizar bin Zakaria
N.39 BELANJA
Khairudin bin Hj. Abu Hanipah
N.40 BOTA
Khairul Shahril bin Mohamed
17. P.070 KAMPAR
Lee Chee Leong
N.41 MALIM NAWAR
Chin Woon Kheong
N.42 KERANJI
Ng Wah Leng
N.43 TUALANG SEKAH
Datuk Abd. Rahman bin Md. Som
18. P.071 GOPENG
Ting Zhao Song
N.44 SUNGAI RAPAT
Datuk Hang Tuah bin Din@Mohamed Din
N.45 SIMPANG PULAI
Lee Wai Yin
N.46 TEJA
Liew Yee Lin
19. P.072 TAPAH
M. Saravanan A/L Murugan
N.47 CHENDERIANG
Choong Shin Heng
N.48 AYER KUNING
Ishsam bin Shahruddin
20. P.073 PASIR SALAK
Khairul Azwan bin Harun
N.49 SUNGAI MANIK
Datuk Ibrahim bin Katop
N.50 KAMPONG GAJAH
Datuk Dr. Wan Norashikin binti Wan Noordin
21. P. 074 LUMUT
Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir
N.51 PASIR PANJANG
Mohd. Rafiq bin Haji Mohd
N.52 PANGKOR
Dato’ Norzaman bin Man
22. P.075 BAGAN DATUK
Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi
N.53 RUNGKUP
Dato’ Shahrul Zaman bin Yahya
N.54 HUTAN MELINTANG
Datuk Hj. Khairuddin bin Hj Tarmizi
23. P.076 TELUK INTAN
Murugiah A/L Thopasami
N. 55 PASIR BEDAMAR
Kong Sun Chin
N.56 CHANGKAT JONG
Dato’ Mohd. Azhar bin Jamaluddin
24. P.077 TANJUNG MALIM
Mah Hang Soon
N.58 SLIM
Mohd. Zaidi bin Aziz
N.59. BEHRANG
Salina binti Samsudin
#Calon PRU15 #BN Perak #PRU15 #Saarani Mohamad
;