PRU15: BN Pahang kemuka lebih 63 peratus calon muka baharu di Parlimen, DUN - Wan Rosdy

Fareez Azman
November 2, 2022 12:59 MYT
Pengumuman calon BN hari ini dibuat Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di sebuah hotel di sini pada Rabu.- Foto Astro AWANI
KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang mengemukakan lebih 63 peratus calon muka baharu bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Pengumuman dibuat Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di sebuah hotel di sini pada Rabu.
"Pertamanya, secara keseluruhannya BN Pahang menurunkan 63 peratus muka baharu untuk PRU15.
"Bagi kerusi Parlimen serta diumumkan presiden semalam BN menampilkan lapan muka baharu daripada 14 kerusi.
"Manakala bagi kerusi DUN 27 daripada 42 kerusi atau 64 peratus merupakan calon baharu," jelasnya.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Tambahnya, kombinasi strategik itu bagi memastikan kesinambungan inisiatif yang telah dirancang serta pertambahan idea segar dan baharu untuk rakyat.
"Ada juga dari golongan profesional jadi tanggapan semua calon Ketua Bahagian adalah tidak benar sama sekali.
"30 peratus calon muda berusia bawah 40 tahun. Kerusi Parlimen pula dua calon manakala DUN 15 calon atau 36 peratus di bawah usia 40 tahun.
"Ini satu pengiktirafan kepada anak muda untuk terlibat dalam politik sekali gus menyumbang kepada negeri Pahang," katanya lagi.
Antara tumpuan, calon bagi N.21 DUN Peramu Jaya yang menyaksikan Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib dicalonkan untuk mempertahankan kerusi disandang BN itu.
Selain Mohamad Nizar, Wong Yap Wah (N01 Tanah Rata) Fadzli Mohamad Kamal (N.08 Dong), Faezah Ishak (N.09 Tahan) dan Norhasmimi Abdul Ghani bagi kerusi N.29 Jengka.
#calon PRU16 #BN Pahang #PRU15 #Wan Rosdy Wan Ismail
;