PRU15: BN kecundang di Tanjong Karang
Rahimah Abdullah
November 19, 2022 00:10 MYT
November 19, 2022 00:10 MYT
PUTRAJAYA: Kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) selama enam penggal, Tanjong Karang berjaya dirampas Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon PN, Dr Zulkafperi Hanapi menang dengan memperoleh 18,054 undi dengan majoriti 2,180.
Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd Yusof yang meraih 15,874 undi, manakala calon MUDA, Siti Rahayu mendapat 12,314 undi.
Calon Pejuang, Azlan Sani Zawawi atau dikenali sebagai Lando memperoleh 3,557 undi dan calon bebas, Mohd Rosni dengan 1,406 undi.
Kerusi Tanjong Karang sebelum ini disandang Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi BN Selangor selama enam penggal.