PRU15: Asyraf Wajdi tewas di Gerik
Sinar Harian
November 19, 2022 01:41 MYT
November 19, 2022 01:41 MYT
IPOH: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selaku calon baru ditampilkan BN, beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini kubu kuat UMNO apabila hanya memperolehi 13,728 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Fathul Huzir Ayob (PN) menang dengan undi 15,105 dan majoriti 1,377 undi.
Sementara calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Tarmizi Mohd Jam mendapat 5,779 undi.