PRU15: Ahmad Said bertanding di Parlimen Kemaman
Hafizi Rosli
November 1, 2022 04:07 MYT
November 1, 2022 04:07 MYT
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bakal bertanding di Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam tadi.
Pengumuman ini sekali gus menjawab spekulasi berhubung kedudukan bekas Menteri Besar Terengganu itu sama ada akan bertanding atau tidak di peringkat Parlimen pada PRU15.
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada 2008 hingga 2014.
Pada PRU14, Parlimen Kemaman dimenangi Alias Abd Hamid daripada Pas dengan majoriti 2,163 mengalahkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (BN) dan Mohd Huzaifah Md Suhaimi (PKR).