Jelasnya, ia melibatkan pembangunan dalam aspek pendidikan, perumahan dan industri untuk membentuk satu ekosistem masyarakat yang sejahtera dan lestari di kawasan yang dilihatnya sebagai berpotensi tinggi.
“Dahulu masa saya buat Biasiswa 2020 dalam bidang teknikal, saya sempat laburkan sebanyak RM1 juta sahaja walaupun sasarannya RM10 juta.
“Kedua, Alor Gajah adalah tempat di mana perumahannya antara yang terendah dalam negeri Melaka hari ini, jadi itu perlu kita teruskan dan segala perancangan harus ditambah baik supaya perumahan itu dinilai berdasarkan kemampuan memilikinya dan juga selesa untuk didiami.
“Ketiga, kalau kita sediakan pendidikan dan perumahan tapi tak ada pekerjaan, ia sukar untuk pembangunan-pembangunan seiring,” katanya.
Bercakap dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis, Adly memberitahu bahawa pentadbirannya dahulu sudah memuktamadkan perjanjian tanah dalam usaha menjadikan Alor Gajah sebagai pusat data terbesar di Asia Tenggara namun ia turut tergendala apabila kerajaan bertukar.
DI sampiing itu kata beliau, Alor Gajah boleh dibangunkan sebagai sebuah medan industri bukan sahaja dalam bidang teknologi malah pertanian juga pelancongan.
“Jadi kalau tiga aspek ini kita ambil kira, saya fikir Alor Gajah boleh menjadi hab ekonomi selatan dan juga penghubung antara Kuala Lumpur dengan Singapura, melihat kedudukannya yang berada di tengah-tengah dua kuasa ekonomi itu.
“Sebenarnya ia mempunyai potensi yang besar dan saya fikir boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan warga Alor Gajah itu sendiri,” katanya.