PRU15: 12 negeri diramal ribut petir hari penamaan calon

Sinar Harian
November 1, 2022 17:21 MYT
Tangkap layar laman web MetMalaysia pada Selasa.
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di semua kawasan Parlimen 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada sebelah petang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Menurut paparan laman web MetMalaysia pada Selasa, negeri-negeri tersebut ialah Pahang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak.
Di Selangor, situasi itu melibatkan beberapa kawasan antaranya Sabak Bernam, Hulu Langat, Gombak, Pandan dan Sungai Besar.
Bagi kawasan Sabah pula, hanya lapan Parlimen sahaja yang mengalami ribut petir termasuk Kimanis, Sipitang, Keningau, Silam dan Tawau.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Bagaimanapun pada sebelah pagi di kawasan berkenaan diramalkan cuaca cerah selain di beberapa Parlimen di negeri Pantai Timur, Utara dan Sabah.
Kebanyakan kawasan di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak pula diramalkan hujan pada waktu pagi.
Selain itu, cuaca di Parlimen Putrajaya cerah pada waktu petang pada hari sama. -- Sinar Harian
#ramalan ribut petir #MetMalaysia #PRU15 #penamaan calon
;