PRU14: Nawawi serba salah tanding kerusi Langkawi lawan Tun M
Sinar Harian
April 26, 2018 18:49 MYT
April 26, 2018 18:49 MYT
Keputusan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Langkawi menyebabkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Ir Nawawi Ahmad serba salah.
Beliau yang secara jujur masih mengakui kehebatan kepimpinan Tun M berkata hubungan baik antara mereka berdua menyebabkan pertandingan di pulau bebas cukai itu menyukarkannya.
Nawawi berharap Tun M dapat pertimbangkan semula keputusannya untuk bertanding di Langkawi.
"Saya minta kalau boleh Tun M (bertanding) di Putrajaya ka ataupun pi Kubang Pasu ka atau pi mana-mana, pi Puchong pun tak pa.
“Tun datang sini (Langkawi) menyebabkan saya jadi serba salah," katanya hari ini.
Nawawi berkata, beliau secara peribadi pernah menemui pencabarnya itu dan meminta beliau agar tidak bertanding di Langkawi.
"Niat Tun M nak jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Hairan juga marah Najib, nak singkir beliau daripada sistem dan jawatan Perdana Menteri tapi datang ke Langkawi, Tun sepatutnya pi bertanding di Pekan."
#Kubang Pasu
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#MalaysiaMemilih
#Nawawi Ahmad
#pulau bebas cukai
#Putrajaya