PRU14 meriah dan sengit, ini antara fakta yang perlu diketahui

Khairunnisa Kasnoon, Muhamad Syazwan Jonizar
April 28, 2018 22:10 MYT
Dr. Mahathir dan Joanna antara yang menjadi tumpuan pada pilihan raya kali ini. - Foto: AstroAWANI
MACAM-MACAM ada.
Selain kerusi panas, antara perkara yang menarik untuk dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini adalah pembabitan wanita, calon tertua, calon termuda serta pembabitan selebriti serta bekas ratu cantik, Jo-Anna Sue Henley Rampas, 28 tahun yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11, Kiulu.
BACA: Jelitawan Jo-Anna Sue bakal gegar arena politik Sabah
Tun Dr Mahathir Mohamad, 92 tahun merupakan calon paling berusia, bertanding di Parlimen P004, Langkawi.
Ini merupakan kemunculan semula Dr Mahathir di pentas pilihan raya selepas 19 tahun.
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999.
BACA: Selepas 19 tahun tinggalkan medan 'tempur' PRU, Tun Mahathir sah bertanding di Langkawi
Sementara calon paling muda, Prabakaran Parameswaran, 22 tahun bertanding atas tiket Bebas di Parlimen P115 Batu.
Bagi DUN N14 Machang Bubok, Pulau Pinang, Lim Jhun Hou merupakan calon termuda berusia 23 tahun.
#Jo-Anna Sue Henley Rampas #Kiulu #Mahathir Mohamad #Malaysia Memilih #Prabakaran Parameswaran #PRU14 #tua
;