PRU14: 'Mampukah sasaran 85 peratus pengundi dicapai?' - Panel Penyelidik UM

Zaim Ibrahim
April 10, 2018 20:18 MYT
Menurut Dr Amer, peratusan keluar mengundi berpotensi meningkat kerana hari Rabu bukanlah satu masalah yang perlu ditimbulkan. - Foto Astro AWANI
Kuasa mengundi adalah bergantung kepada rakyat.
Ini sentimen Panel Penyelidik Universiti Malaya (UM), Dr Amer Saifude Ghazali berhubung hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada Rabu (9 Mei, 2018).
Menurut Amer, sekiranya rakyat merasakan tarikh itu adalah penting sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 85 peratus rakyat keluar mengundi mampu dicapai.
“Ini adalah masa yang sesuai kepada rakyat untuk mengubah kerajaan dan menyatakan pendapat masing-masing.
BACA. FAHAM. UNDI: Di sini ada liputan komprehensif dan padat PRU14
“Kerajaan pun telah mengatakan akan memberi kelonggaran sama ada memberi cuti atau pelepasan untuk mengundi termasuklah di sekolah-sekolah,” jelasnya dalam program khas, Agenda Awani yang disiarkan di Astro AWANI pada Selasa.
Beliau berkata, peratusan keluar mengundi berpotensi meningkat kerana hari Rabu bukanlah satu masalah yang perlu ditimbulkan.
Pada Selasa, SPR telah menetapkan 9 Mei sebagai Hari Pengundian bagi PRU14. Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April dan pengundian awal pada 5 Mei.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari.
#Amer Saifude Ghazali #Barisan Nasional #Gagasan Sejahtera #Malaysia Memilih #Pakatan Harapan #PRU14 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya #universiti malaya
;