PRU14: Lima dakwa tidak dibenar mengundi walaupun nama digaris

Astro Awani
Mei 9, 2018 11:16 MYT
Lima pengadu mendakwa tidak dibenarkan mengundi walaupun nama mereka telah digariskan.
Lima laporan berkaitan kegagalan mengundi di Kedah dilaporkan hari ini, melibatkan dua daerah, Jitra dan Padang Terap.
Pegawai Perhubungan Media PRU14 PDRM Kedah, ACP Ab Rahmad Arsad berkata lima pengadu itu mendakwa tidak dibenarkan mengundi walaupun nama mereka telah digariskan.
Katanya, empat laporan daripadanya telah dibuat di Ibu Pejapat Polis Daerah Kubang Pasu, dan satu lagi laporan di Balai Polis Naka.
Kesemua lima pengadu itu berusia 28 hingga 66 tahun.
Tambah Ab Rahman, kesemua laporan itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.
Menurutnya lagi, sehingga jam 5 petang sebaik semua pusat mengundi ditutup, proses pengundian di Kedah berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
#Ab Rahmad Arsad #gagal mengundi #gagal undi #Ibu Pejapat Polis Daerah Kubang Pasu #Kedah #Kubang Pasu #nama dipotong #PDRM