PRU14: Beban berat buat Fahmi Fadzil untuk teruskan legasi Nurul Izzah
Shafizan Johari
April 26, 2018 06:51 MYT
April 26, 2018 06:51 MYT
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdepan tugas berat untuk mengekalkan kemenangan parti itu di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian, kerja kuat pencabar kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selama lebih lima tahun lalu mungkin menyebabkan laluan Fahmi ke Parlimen lebih sukar.
"Saya rasa pertembungan akan menjadi lebih sengit memandangkan gerak kerja Datuk Seri Raja Nong Chik lebih terperinci dan sudah mengenal pasti kelemahannya pada 2013 dan sudah mengatasinya," jelasnya kepada Astro AWANI.
Begitupun katanya, pengundi bandar seperti di Lembah Pantai mempunyai banyak faktor yang mendominasi pemikiran mereka, termasuk isu-isu nasional.
Pada PRU13, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengalahkan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.
Sementara itu, cerapan analisis sentimen media sosial menerusi Zygy Prophercy mendapati sokongan terhadap BN lebih dominan di media sosial.
#Anwar Ibrahim
#AnwarIbrahim
#Barisan Nasional
#election
#FahmiFadzil
#MalaysiaMemilih
#Nurul Izzah
#Nurul Izzah Anwar
#NurulIzzah
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#pilihan raya
#PKR
#PRU13
#PRU14
#RAJA NONG CHIK
#RajaNongChik
#Semporna