Proses rundingan kerusi Pakatan Harapan selesai akhir bulan ini - Saifuddin

Hafiz Marzukhi
Mac 12, 2016 14:06 MYT
SAIFUDDIN: Saya yakin kami akan dapat mencapai persetujuan menjelang akhir bulan ini. -Gambar fail
Proses rundingan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka selesai akhir bulan ini.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata bilangan pertindihan kerusi antara parti komponen sudah semakin berkurangan.
"Saya yakin kami akan dapat mencapai persetujuan menjelang akhir bulan ini," kata Saifuddin.
Namun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai pertindihan kerusi.
Terdapat 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan dalam PRN Sarawak yang perlu diadakan pada tahun ini.
Sehingga kini, masih tiada notis pembubaran DUN Sarawak yang diperlukan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
#DUN Sarawak #notis pembubaran #Pakatan Harapan #pilihan raya negeri #PRN Sarawak #rundingan kerusi #Saifuddin Abdullah
;