Proses pengundian PRN Sarawak berjalan lancar, peratusan mengundi memberangsangkan

Astro Awani
Mei 7, 2016 11:47 MYT
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud mengundi di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Sebanyak 20 peratus daripada pemilih bagi Pilihan Raya Negeri(PRN) ke-11 Sarawak kali ini telah menunaikan tanggungjawab setakat jam 10 pagi ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah berkata sehingga kini proses pengundian berjalan lancar pagi ini.
Namun berlaku insiden kecil apabila seorang pengundi cedera ringan koridor runtuh di pusat mengundi SK Kuala Annau di DUN Jepak.
LAPOR LANGSUNG: Proses pengundian PRN Sarawak ke-11
Antara yang kelihatan mengundi awal ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Satok di sini.
Turut mengundi di tempat yang sama ialah Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Satok.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kemudiannya turut mengundi di tempat sama.
#Adenan Satem #Barisan Nasional #BN #PBB #pilihan raya Sarawak #PRN-11 #sarawak2016 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya
;