TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata Kerajaan Perpaduan tiada masalah mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Malah, beliau percaya undian terhadap Kerajaan Perpaduan di tiga negeri yang secara tradisinya dikatakan sebagai 'kubu kuat' Pakatan Harapan (PH) akan bertambah dengan sokongan daripada pengundi Barisan Nasional (BN).
"Di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan memang saya nampak tiada masalah. Pada pendapat saya, undi Melayu di ketiga-tiga negeri ini melepasi paras untuk kita kekal menang.
"Sementara di Kedah dan Kelantan, ada lonjakan yang baik dari segi sokongan, cuma oleh kerana asas kekuatan undi penyokong Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) ni memang dah tinggi, jadi keadaan masih dapat dilihat sehingga minggu terakhir ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Jelajah Madani di Telok Ayer Tawar di sini hari ini.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata setakat ini, PN dilihat masih kekal 'di hadapan' di Terengganu.
Mengulas mengenai peralihan sokongan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang daripada antara 30 hingga 31 peratus tiga minggu lalu kepada 42 peratus, Rafizi berkata sebahagian besar pengundi atas pagar mahukan parti politik yang mempunyai idea dan pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah mereka seperti ditawarkan oleh manifesto PH-BN.
Katanya kelebihan PN ialah sekadar memiliki ahli politik yang mempunyai watak seperti 'pelawak' ketika berkempen menarik pengundi.
"Bagaimanapun saya yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal di Pulau Pinang tapi kita jangan ambil mudah dan kita perlu menyentuh setiap kumpulan pengundi terutamanya daripada bukan Melayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata Kerajaan Perpaduan tiada masalah mengekalkan kemenangan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. - BERNAMA
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
Ratusan penunjuk perasaan Israel gesa pembebasan tebusan
Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan turun ke jalan-jalan di Baitulmaqdis pada Khamis bagi menggesa pembebasan tebusan ketika rundingan mengenai perjanjian antara Hamas dan Israel dilaporkan akan disambung semula.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.