PRN Sarawak: Urusan penamaan calon dimulakan dengan proses sanitasi

Assim Hassan
Disember 5, 2021 07:56 MYT
Turut kelihatan petugas kesihatan bagi membuat pemeriksaan kesihatan. - Astro AWANI
KUCHING: Urusan Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dimulakan dengan proses sanitasi di semua Pusat Penamaan Calon (PPC).
Bagi PPC Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan, kira-kira lapan individu ditugaskan untuk melakukan sanitasi.
Mereka datang seawal 7 pagi untuk melakukan sanitasi bagi memastikan keadaan di PPC selamat.
Bukan itu sahaja, turut kelihatan petugas kesihatan bagi membuat pemeriksaan kesihatan.
Selain itu, kelihatan anggota polis bagi memastikan kawalan keselamatan sepanjang urusan penamaan calon.
#PRN Sarawak #pusat penamaan calon #sanitasi #petugas kesihatan
;