PRN Sarawak: Tiong King Sing sah bertanding di DUN Dudong
Assim Hassan
Disember 3, 2021 21:06 MYT
Disember 3, 2021 21:06 MYT
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing sah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Perkara itu disahkan sendiri King Sing kepada Astro AWANI.
“Ya la kita cuba la di DUN itu (Dudong),” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu.
Selain itu, King Sing berkata, PDP menampilkan enam calon pada PRN12 kali ini.
Antaranya, DUN Tasik Biru, Krian, Meluan dan Marudi.
Pada PRN11 Sarawak, PDP yang bertanding lima kerusi atas tiket Barisan Nasional (BN) menang tiga kerusi antaranya di DUN Marudi dan Tasik Biru.