PRN Sarawak: Tiada sidang media pembubaran DUN esok - Pejabat Ketua Menteri
Astro Awani
Oktober 21, 2021 17:11 MYT
Oktober 21, 2021 17:11 MYT
KUALA LUMPUR: Tiada sidang media berkenaan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diadakan esok seperti yang diperkatakan.
Perkara itu disahkan Pejabat Ketua Menteri pada hari ini.
Ujarnya menerusi kenyataan berkenaan pada Khamis, penjelasan itu dibuat susulan laporan oleh beberapa portal berita mengenai kemungkinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang dijangka mengadakan sidang media khas berhubung pembubaran DUN.
"Rujukan dibuat ke atas laporan oleh STAR dan portal berita lain mengenai pengumuman oleh Ketua Menteri berhubung pembubaran DUN pada Jumaat," memetik kenyataaan tersebut.
[BERITA PENUH MENYUSUL]