PRN Sarawak: Tasik Biru menyaksikan BN lawan DAP

Hafiz Marzukhi
April 25, 2016 14:26 MYT
Proses penamaan calon pada hari ini (Isnin) berjalan dengan lancar sejak pagi.
Dewan Undangan Negeri Tasik Biru menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional dan DAP.
Datuk Henry Harry Jinep dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) akan berdepan dengan Mordi Bimol dari DAP.
Proses penamaan calon berjalan dengan lancar sejak pagi.
Kedua-dua calon hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bau ditemani penyokong masing-masing.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta bekas ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian Ngusie.
Pengumuman rasmi kedua-dua pencalonan dibuat Pegawai Pengurus DUN Tasik Biru, Inting Nyami sekitar pukul 10.30 pagi.
#Barisan Nasional #BN #DAP #Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak #PilihanRayaSarawak #sarawak2016
;