PRN Sarawak: Tarikh mengundi tidak logik, terlalu dekat dengan Krismas - King Wei

Munirah Mudzamli
November 24, 2021 16:09 MYT
Wong King Wei menyifatkan tarikh pengundian terlalu hampir dengan sambutan Hari Krismas akan mengganggu jumlah peratusan keluar mengundi. - Astro AWANI
KUCHING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei, mempersoal mengenai penetapan hari mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) .
Kata bekas ahli DAP itu, tarikh berkenaan yang terlalu dekat dengan sambutan Hari Krismas akan mengganggu jumlah peratusan keluar mengundi.
"Krismas seperti yang anda tahu di Sarawak adalah perayaan yang disambut dengan meriah, jadi ramai orang balik kampung dan manfaatkan cuti untuk pulang ke kampung halaman.
"Tarikh pembuangan undi itu adalah satu-satunya hujung minggu yang ada untuk pengundian. Saya percaya ini mungkin akan menjejaskan jumlah undi kerana ia terlalu dekat dengan cuti Krismas.
"Ia mungkin menjejaskan kadar pengundian di kawasan luar bandar secara khusus, dimana kadar mengundi tidak akan tinggi," katanya ketika dihubungi oleh Astro AWANI ketika dihubungi pada Rabu.
Justeru katanya kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyasarkan 70 peratus akan keluar mengundi pada 18 Disember kelak sebagai tidak masuk akal.
#PRN Sarawak #Suruhanjaya Pilihan Raya #Wong King Wei #Krismas
;