PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS

Assim Hassan
Disember 18, 2021 18:55 MYT
Julaihi menang dengan majoriti selesa 4,134 undi, manakala Liwan menang dengan jumlah undi 3,552. - Gambar fail
KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menang bagi kerusi DUN itu dengan majoriti selesa 4,134 undi.
Julaihi yang merupakan penyandang kerusi DUN tersebut sejak 1991 mendapat 4,937 undi menewaskan dua calon daripada Amanah Wel @ Maxwell Rojis dan calon Parti Bumi Kenyalang, Wan Chee Wan Mahjar.
Maxwell hanya mendapat 803 undi manakala Wan Chee hilang deposit selepas meraih 486 undi.
Pada PRN11 Sarawak pada 2016, Julaihi menang dengan majoriti 2,742 undi menewaskan calon Pas Wan Abdillah Wan Ahmad yang hanya mendapat 1,789 undi manakala calon Amanah Andrew Jain 164 undi.
Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Semua pusat mengundi sudah ditutup
Selain itu, menurut papan pemuka (dashboard) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon GPS DUN Belaga, Liwan Lagang menang dengan jumlah undi 3,552
Beliau yang berdepan empat penjuru di DUN itu menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Henry Usat Bit dengan majoriti 2,245 undi.
Manakala dua lagi calon masing-masing dari PBK dan Bebas hilang deposit selepas hanya mendapat 97 undi dan 81 undi.
#PRN Sarawak #GPS #Sebuyau #Belaga
;