PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup

Bernama
Disember 14, 2021 18:39 MYT
Pengundian awal PRN12 melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan, yang dilaksanakan di 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran disediakan di pusat mengundi. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) berakhir pukul 5 petang ini.
Pengundian awal PRN12 kali ini melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan, yang dilaksanakan di 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran disediakan di pusat mengundi.
Proses mengundi awal diadakan sejak 7.30 pagi.
Tinjauan Bernama di lokasi pengundian awal di beberapa lokasi mendapati proses berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.
BACA SEMUA BERHUBUNG PENGUNDIAN AWAL PRN SARAWAK KE-12 DI SINI
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh turut hadir meninjau proses pengundian awal di beberapa lokasi seperti di Dewan Bukavu Kem Penrissen dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin di sini.
-- BERNAMA
#PRN Sarawak ke-12 #COVID-19 #Abdul Ghani Salleh #Suruhanjaya Pilihan Raya
;