PRN Sarawak: Peluang tipis untuk PSB menang - Masing
Alexandra Lorna
Mac 12, 2021 13:46 MYT
Mac 12, 2021 13:46 MYT
KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat mempunyai peluang yang tipis untuk merebut kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 akan datang, kata presiden parti, Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Tegas beliau, sandaran itu dibuatnya dengan mengambil kira penduduk Sarawak bijak untuk memilih kerajaan untuk mentadbir dan mengurus Sarawak.
Katanya lagi, PSB juga dilihat berdepan pelbagai cabaran untuk memenangi hati rakyat.
“Saya yakin mereka tidak mempunyai peluang untuk menang PRN-12 kelak, namun demikian semua orang mempunyai peluang masing-masing untuk bertanding.
“Bagaimanapun, rakyat di Sarawak harus bijak untuk memilih parti mana yang mahu dijadikan kerajaan Sarawak dalam masa lima (5) tahun yang akan datang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI di pejabatnya pada Jumaat.
Pada Selasa, Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam sidang media memaklumkan pihaknya akan menubuhkan tiga pasukan khas membabitkan zon utara, tengah dan selatan sebagai persiapan PRN12.
Kata Soon Koh, penubuhan pasukan khas itu akan membolehkan PSB menyelami permasalahan yang dihadapi rakyat baik di bandar mahupun luar sekali gus menyelesaikannya.