PRN Sarawak: Mussen dicabar tiga penjuru di DUN Batang Ai

Assim Hassan
Disember 6, 2021 12:28 MYT
Mereka terdiri daripada William Nyallau Badak dari Parti Sarawak Bersatu (PSB); Usup Asun dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan John Linang Mereejon (Bebas). - Astro AWANI
KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Datuk Malcolm Mussen Lamoh bakal berentap tiga pencabar bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut.
Mereka terdiri daripada William Nyallau Badak dari Parti Sarawak Bersatu (PSB); Usup Asun dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan John Linang Mereejon (Bebas).
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Batang Ai, Richard Ngumbang kira-kira pukul 11 pagi ini.
Pada PRN ke-11, DUN Batang Ai menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Mussen dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kolien Liong.
Mussen menang 4,884 undi menewaskan Kolien (1,698) dengan majoriti 3,186 undi.
Bagi PRN12 kali ini, seramai 9,929 pengundi berdaftar di DUN Batang Ai.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN-12 Sarawak, manakala undi awal pada 14 Disember.
Sebanyak 82 pusat penamaan calon dan 82 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan pada pilihan raya tersebut.
#PRN Sarawak #Malcolm Mussen Lamoh #DUN Batang Ai #SPR
;