PRN Sarawak: Jumlah pengundi bawah 50 peratus setakat pukul 2 petang
Astro Awani
Mei 7, 2016 15:30 MYT
Mei 7, 2016 15:30 MYT
Hanya 44 peratus daripada 1,085,087 pemilih berdaftar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 hari ini yang telah pun menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 2 petang tadi.
Kurang separuh daripada jumlah pengundi yang layak.
1,754 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi akan ditutup 5 petang ini, manakala beberapa pusat itu ditutup lebih awal secara berperingkat mulai 9 pagi kerana jumlah pengundi yang kecil.
LAPOR LANGSUNG: Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata setakat ini, proses pengundian berjalan lancar tanpa perkara yang tidak diingini berlaku.
Sejumlah 80 kerusi Dun menjadi taruhan hari ini.
#Adenan Satem
#Barisan Nasional
#BN
#PBB
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya