PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS

Firdaus Azil
Disember 18, 2021 18:28 MYT
Naib Presiden Sayap Bumiputra PBB, Datuk Julaihi Narawi berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.
KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Julaihi Narawi nyata tiada masalah untuk mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.
Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Naib Presiden Sayap Bumiputra, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru itu.
Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12
Julaihi, yang sebelum ini Menteri Muda Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan jauh meninggalkan pencabarnya, iaitu Wel @ Maxwel Rojis dari Parti Amanah Negara yang mendapat 803 undi.
Seorang lagi pencabar iaitu Wan Chee Wan Mahjar dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) pula mendapat 486 undi.
Berdasarkan statistik, pengundi berdaftar di kawasan itu seramai 9,367, dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 66.47 peratus.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Semua pusat mengundi sudah ditutup
#Sarawak Memilih #DUN Sebuyau #GPS #Julaihi Narawi
;