PRN Sarawak: Jangan percaya khabar angin, ada orang goyang pokok bah - Fadillah

Fadilah Sulaiman
November 13, 2021 06:31 MYT
Tegas Fadillah, dakwaan beliau akan jadi calon ADUN hanya ura-ura yang beliau sendiri tidak mengetahuinya. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof pada Sabtu menepis khabar angin yang mendakwa beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) tidak lama lagi.
Tegasnya, perkara itu hanya ura-ura yang beliau sendiri tidak mengetahuinya.
“Itu ura-ura. Jadi tunggulah pengumuman. Tapi saya sendiri tidak mendengar ura-ura tersebut.
“Jangan percaya dengan khabar angin. Ada orang goyang pokok bah. Tak ada,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Jalan Stampin dekat sini.
Sementara itu Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menegaskan, urusan calon PRN Sarawak adalah pregroratif Presiden PBB yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Fadillah merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya untuk empat penggal berturut-turut sejak tahun 2004 sehingga sekarang.
#PRN Sarawak #Fadillah Yusof #GPS #Tan Sri Abang Johari Tun Openg