PRN Sarawak: 'Jangan dahului kuasa Agong' - PM

Afiezul Samit
Oktober 23, 2021 08:14 MYT
Ismail Sabri berkata, Sarawak kini masih dalam tempoh darurat sehingga 2 Februari 2022 dan keputusan untuk melakukan PRN haruslah melalui pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong. - Gambar/ JAPEN
KUCHING: Jangan mendahului Yang di-Pertuan Agong dalam urusan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, Sarawak kini masih dalam tempoh darurat sehingga 2 Februari 2022 dan keputusan untuk melakukan PRN haruslah melalui pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Segala keputusan pembubaran darurat di Sarawak sehingga boleh melakukan PRN adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong.
"Jangan kita mendahului keputusan tersebut," katanya ketika sidang media selepas lawatan kerja ke tapak pembinaan di Hospital Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.
BACA: PM mulakan lawatan kerja sehari ke Kuching
BACA: PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo
BACA: PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi dijangka rendah - Penganalisis
Menerusi lawatan rasmi pertama ke negeri Bumi Kenyalang, Ismail Sabri memberi fokus untuk melihat sendiri gambaran sebenar pembangunan di Sarawak.
"Saya diberi taklimat untuk membangunkan negeri Sarawak sehingga 2030 dan saya melihat pembangunan dan masalah yang timbul.
"Jadi saya mendapat gambaran sebenar pembangunan yang memerlukan bantuan daripada kerajaan Pusat,"ujarnya.
BACA: PRN Sarawak: 'Saya serba salah, kalau teruskan orang kata ...' - Abang Jo
BACA: Agong penentu bila PRN Sarawak - Annuar Musa
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Sarurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
[TERKINI] Sidang media Perdana Menteri dalam lawatan kerja di Sarawak
Sementara itu, beliau juga memberi bayangan bahawa ada berita gembira buat Sarawak dalam pembentangan Bajet 2022.
Namun katanya, ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz pada 29 Oktober 2021.
Lawatan Kerja | Perdana Menteri tiba di Kuching
#PRN Sarawak #ismail sabri yaakob #tarikh PRN Sarawak #pembubaran DUN