PRN Sarawak: GPS raih majoriti besar di DUN Bukit Goram

Syafik Shukri Jalil
Disember 18, 2021 19:57 MYT
efferson Jamit Unyat (tengah) meraikan kejayaannya mempertahankan kerusi DUN Bukit Goram dengan majoriti 3,538 undi. - Foto Jabatan Penerangan
KAPIT: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih majoriti besar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram dengan majoriti 3,538 undi berbanding 2,586 pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11).
Pemenangnya Jefferson Jamit Unyat dengan ini berjaya mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 2016.
Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan sebentar tadi, Jefferson berjaya meraih 4,253 undi menewaskan Robert Segie dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang memperoleh 689 undi, Puso Bujang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan 297 undi, Robert Saweng dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dengan 259 undi dan Joseph Jinggut dari DAP dengan 715 undi.
Kerusi DUN Bukit Goram yang baru dipertandingkan pada 2016, menjadi milik GPS apabila memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 2,586 undi ketika itu.
Jefferson ketika itu yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berjaya menewaskan calon DAP, Larry Asap, yang memperoleh 2,010 undi.
#PRN Sarawak #Gabungan Parti Sarawak GPS #Bukit Goram #Jefferson Jamit Unyat
;