PRN Sarawak: GPS mampu pertahan DUN Bukit Goram - Jefferson Jamit
Syafik Shukri Jalil
November 13, 2021 15:39 MYT
November 13, 2021 15:39 MYT
KAPIT: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyai optimis bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu mempertahankan kerusi Dun tersebut.
Ujarnya, rakyat DUN berkenaan bijak menilai dan menjadi saksi kepada agenda pembangunan dibawakan kerajaan GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
“Saya yakin sekiranya dinamakan semula sebagai calon di Dun Bukit Goram, kita akan mampu pertahankan kerusi tersebut.
“Ini kerana rakyat di sana tahu banyak projek pembangunan dibawakan termasuk pembinaan jalan raya, jambatan dan jalan-jalan kampung,” katanya.
Jefferson berkata demikian selepas merasmikan penubuhan Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Kapit (KESA) di sini, pada Sabtu.
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11), Jefferson dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 4,596 undi.
Beliau menewaskan calon DAP, Larry Asap yang meraih 2,010 undi.