PRN Sarawak: DAP Negeri umum tanding 29 kerusi

Hafiz Marzukhi
April 16, 2016 17:28 MYT
DAP memenangi 12 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun 2011.
DAP Sarawak hari ini mengumumkan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 pada 7 Mei nanti.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, kerusi-kerusi itu ialah Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Pakan, Ngemah, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Katibas, Baleh, Murum, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, Senadin dan Mulu.
"Ini adalah kerusi yang bakal menampilkan calon DAP," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP pada Sabtu.
Daripada kesemua kerusi tersebut, 14 masing-masingnya adalah kerusi majoriti Cina dan Dayak manakala satu lagi adalah kerusi majoriti Melayu, iaitu kerusi baru, Stakan.
Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
DAP memenangi 12 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri pada 2011.
#calon DAP #DAP Sarawak #DAP tanding 29 kerusi #pilihan raya Sarawak #pilihanraya Sarawak
;