PRN Sarawak: Ceramah dibenarkan tidak lebih dua jam! Ini SOP kempen

Hasimi Muhamad
Disember 5, 2021 22:31 MYT
SPR menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN12 Sarawak. - Gambar fail
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, kurang 24 jam sebelum penamaan calon yang akan berlangsung pada 6 Disember (Isnin).
SOP tersebut turut menyaksikan beberapa kelonggaran diberikan pada PRN12 Sarawak, berbanding SOP yang dilaksanakan ketika PRN Melaka, November lalu.
Bermula esok, gelanggang PRN12 Sarawak akan membuka tirai sebelum bermulanya kempen selama 12 hari.
BACA: PRN Sarawak: Hanya lima pemimpin tertinggi parti dibenarkan rentas negeri untuk berkempen
BACA: PRN Sarawak: Temu bual 'terjah' tidak dibenarkan di pusat mengundi - SPR
Berikut beberapa SOP bagi PRN12 Sarawak:
1. SPR tidak membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan kecuali lima pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.
2. Kebenaran untuk merentas sempadan daerah atau negeri bagi tujuan mengundi adalah tertakluk kepada arahan tetap yang sedang berkuat kuasa.
3. Penganjuran ceramah secara fizikal hanya dibenarkan di 64 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mempunyai capaian internet.
4. Kehadiran peserta pada sesi ceramah adalah 50 peratus daripada kapasiti premis atau maksimum 150 orang dalam satu-satu masa.
5. Calon dan dua petugas parti dibenar mengedarkan risalah serta bahan kempen di rumah panjang di seluruh negeri sepanjang PRN12 Sarawak.
6. Edaran risalah dan bahan kempen itu hanya boleh dibuat di hadapan rumah atau di ruai rumah panjang sahaja.
7. Petugas media tidak dibenarkan untuk temu bual secara 'terjah' atau di luar masa yang ditetapkan di pusat-pusat mengundi.
8. Sebarang acara sambutan atau majlis keraian kemenangan calon adalah tidak dibenarkan.
9. Calon digalakkan untuk berkempen menggunakan media sosial.
#Sarawak Memilih #SPR #COVID-19 #kempen #SOP #PRN Sarawak
;