PRN Sarawak: Calon GPS, Nicholas Kudi Jantai tiba di Pusat Penamaan Calon
Syafik Shukri Jalil
Disember 6, 2021 08:29 MYT
Disember 6, 2021 08:29 MYT
KAPIT: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di SMK Kapit No.2.
Beliau tiba sekitar jam 8 pagi tadi seperti saranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon dibenarkan masuk ke PPC.
Selain Nicholas, calon dari DAP, Kenneth Usang George juga dilaporkan sudah tiba di PPC lebih awal sekitar jam 7.30 pagi tadi.
Manakala calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) Koh Kumbong tiba sekitar jam 8:20 pagi.
DUN Baleh dijangka menyaksikan pertarungan empat penjuru melibatkan Nicholas Kudi Jantai (GPS), Kenneth Usang George (DAP), Koh Kumbong dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Irwan Surkarno Layau dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).