PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan

Astro Awani
Disember 18, 2021 19:37 MYT
Baru Bian kekal menjadi wakil rakyat Ba'kelalan selepas memperoleh 680 undi majoriti di Dewan Undangan Negeri itu. - Facebook/Baru Bian
KUALA LUMPUR: Baru Bian mengekalkan kedudukannya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’kelalan selepas menang dalam saingan lima penjuru
Bekas Menteri Kerja Raya itu yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
Sam Laya mencatat 2,007 undi sementara itga lagi pencabar Pita Asut daripa Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 110 undi.
Dua lagi calon, Martin Labo dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Agneas Padan (Bebas) hilanfg deposit apabila masing-masing mencatat 57 dan 55 undi.
Dalam PRN Sarawak ke-11, Baru yang bertanding atas tiket PKR menang dengan majoriti 538 undi.
#PRN Sarawak #Baru Bian #Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Ba kelalan #Parti Sarawak Bersatu PSB
;