PRN Sarawak: Adenan Satem umum tiga bakal calon, tiga DUN

Astro Awani
Mac 19, 2016 12:16 MYT
PRN Sarawak dijangka diadakan 30 April ini, manakala tarikh penamaan calon pada 18 April. - Gambar fail
Walikota Majlis Daerah Dalat Mukah, Abdul Yakub Arbi, 56 diumumkan sebagai calon parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian.
Pengumuman itu dibuat dibuat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Negeri Sarawak di Program Sejiwa Senada peringkat Bahagian Mukah, hari ini.
Penyandang kerusi Balingian ketika ini, Yussibnosh Balo, 50 pula diumumkan sebagai calon bagi kerusi baru iaitu Dewan Undangan Negeri Tellian.
Manakala,bagi kerusi DUN Dalat pula, Datuk Fatimah Abdullah kekal sebagai penyandang.
Buat masa ini, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak terus menjadi teka teki.
Terdahulu, Adenan menegaskan pembubaran akan dibuat apabila tiba masanya.
Penggal DUN tamat pada 21 Jun depan dan DUN juga secara tersendiri akan terbubar dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ini boleh berlarutan sehingga Ogos. Namun anda juga boleh membubarkan DUN sebelum itu, iaitu sebelum Jun," kata Adenan.
PRN Sarawak dijangka diadakan 30 April ini, manakala tarikh penamaan calon pada 18 April.
BACA: PRN Sarawak: Senarai calon BN bakal diumumkan Mac - Adenan Satem
#Abdul Yakub Arbi #Adenan Satem umum bakal calon tiga DUN bagi PRN Sarawak #Fatimah Abdullah #Yussibnosh Balo
;