PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong

Assim Hassan
Disember 18, 2021 19:28 MYT
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi. - Gambar fail/BERNAMA
GEDONG: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak mendapat 4,310 undi menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini yang hanya memperoleh 703 undi.
Dua lagi calon iaitu Tomson Ango daripada Parti Bumi Kenyalang mendapat 157 manakala calon Amanah Kamal Bujang mendapat 94 undi.
Pada PRN12 kali ini, Abang Johari yang merupakan penyandang kerusi DUN Satok mengambil keputusan berpindah ke DUN Gedong.
Penyandang DUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais memberi laluan kepada Abang Johari selain tidak bertanding pada PRN kali ini.
#PRN Sarawak #Abang Jo #Abang Johari Tun Openg #Sarawak Memilih #pilihan raya negeri #DUN Gedong #GPS
;