SIK: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin beliau akan menerima 'serangan' yang sangat padat sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah itu berikrar akan terus menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya sebaik mungkin.
Menyedari pelbagai kontroversi yang sedang melanda dirinya, Muhammad Sanusi menyifatkan perkara itu tidak sesekali menggugat kedudukan beliau.
"Dua minggu ini akan penuh dengan serangan, saya rasa orang pun faham dah... seranglah apa pun, kalau saya boleh jawab saya jawablah, kalau tidak saya serah pada Allah.
"Tiada apa yang membimbangkan saya, kontroversi pun orang yang kata," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di sini, pada Sabtu.
Dalam masa sama, Muhammad Sanusi berkata, beliau akan terus membongkar pelbagai bentuk persoalan terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu salah laku kerajaan sebelum ini.
"Saya ada banyak soalan untuk dia (Saifuddin)... nanti saya akan 'tembak' (tanya) setiap hari satu soalan, dia kan rajin siasat itu, siasat ini.
"Yang dah siasat pun dia nak siasat lagi... jadi dia rajin kita bagilah dia kes untuk disiasat... saya jawab banyak soalan dia (Saifuddin), tetapi dia tak jawab lagi soalan saya," katanya lagi.
Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) turut menyelar Saifuddin yang baru-baru ini dilihat berkempen di pulau percutian popular, Langkawi dengan menggunakan agensi kerajaan.
"Kelmarin dia (Saifuddin) kempen di Langkawi guna Jabatan Imigresen untuk 'check-in' hotel... saya tahu semua itu 15 bilik dia ambil... tatakelola (teguran sinis).
"Mana boleh program parti guna agensi kerajaan... itu salah. Saya sendiri tidak pernah buat kerja macam itu... langsung tak boleh diterima oleh rakyat," tegasnya.
Bercakap mengenai potensi PN di Kedah, beliau yakin parti itu mampu untuk kekal mentadbir termasuk kerusi yang ditandinginya berdasarkan momentum sokongan ketika ini.
PN juga, katanya, menempatkan calon yang mempunyai nilai tambah yang dianggap satu kelebihan kepada gabungan itu untuk menentang pasukan lawan.
Hilmi Malik
Sat Jul 29 2023
![PRN: Sanusi yakin akan 'diserang' pihak lawan sepanjang tempoh berkempen PRN: Sanusi yakin akan 'diserang' pihak lawan sepanjang tempoh berkempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690607460_TBCALONSANUSI.jpg)
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin beliau akan menerima serangan yang sangat padat sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697617051_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.
![Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi - Sanusi Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691992844_MenteriBesarKedah.jpg)
"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.
![Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691911838_IstanaAnakBukit.jpg)
Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
![[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu [RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
![PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691839225_TBFISOL.jpg)
PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.
![PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691838958_TBprnkedah.jpg)
PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
![PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691833939_sanusiundi.jpg)
PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
![PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691831966_TBprn.jpg)
PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
![PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691825866_MuhammadSanusi.jpg)
PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
![PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691825749_ShabudinMdNor.jpg)
PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.