PRN Sabah: 'Tiada sengketa antara saya dan Shafie Apdal' - Calon Bersatu
Ridzal Abdullah, Petrus Bernard
September 12, 2020 12:13 MYT
September 12, 2020 12:13 MYT
"Hubungan saya dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih baik, kami masih berbual mesra dan tiada sengketa antara kami."
Demikian kata calon Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Norazman Utoh Nain yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (N.65) Senallang bersama empat lagi calon lain termasuk Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan.
Norazman, 45 tahun, merupakan anak saudara Mohd Shafie Apdal dan merupakan muka baharu yang diketengahkan di Semporna pada PRN Sabah edisi ke-16 ini.
"Kami berbual mesra sebentar tadi, saya sempat mengucap selamat kepada beliau pakcik saya (Datuk Seri Mohd Shafie).
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI:
"Di Semporna ini unik kami ada kaitan keluarga tapi tidak menghalang untuk kami berpolitik masing-masing menghormati dan professional," katanya.
DUN N.65 Senallang bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu Mohd Shafie, (WARISAN), Norazman (BERSATU/Perikatan Nasional),Mad Jalie Lais (PCS), Mohammad Ramzan Abdu Wahab (Usno) dan D.PG Ahmad Datu Ali Alam (PPRS).
#Bersatu
#Mohd Shafie Apdal
#Norazman Utoh Nain
#Parti Pribumi Bersatu
#Perikatan Nasional
#PRN Sabah
#PRN Sabah 2020
#PRN Sabah ke-16
#Warisan