PRN Sabah: Saingan enam penjuru di Kiulu
Astro Awani
September 12, 2020 15:55 MYT
September 12, 2020 15:55 MYT
Buat kali pertama kerusi Dewan Undangan Negeri N.15 Kiulu menyaksikan pertandingan enam penjuru.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran buat kali pertama juga bertanding di kerusi tersebut dan berdepan lima lawan yang termasuk penyandang kerusi sebelum ini Datuk Joniston Bangkuai.
Berbanding sebelum ini juga merupakan penyertaan kali pertama UPKO bersama rakan kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Selain dua nama besar tersebut empat pencabar lain adalah Rozylyn @ Rosalyn Gelanu dari Liberal Democratic Party (LDP), Andau Yasun Bruno dari Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon bebas Joliania Lampog dan Dominic Yasun.
Pada PRU14 lalu Joniston dari Parti Bersatu Sabah (PBS) telah memenangi kerusi itu selepas berjaya memperoleh undian sebanyak 4,336 dengan jumlah majoriti sebanyak 1,443.
Seramai 10,887 pengundi layak memilih pada PRN di N.15 Kiulu.
#joniston bangkuai
#Kiulu
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#saingan enam penjuru
#Wilfred Madius Tangau