PRN Sabah: Pertembungan tiga penjuru kelebihan untuk Bersatu di Sulaman?

Syah Hairizal Kamalul Arifin
September 12, 2020 11:07 MYT
Hajiji (baju Melayu merah) dan Muhyiddin (empat, kiri) sempat merakamkan foto sebelum proses penamaan calon bermula di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
Mungkinkah kerajaan Bersatu akan membentuk tampuk pemerintahan baharu Kerajaan Negeri Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRN Sabah 2020)?
Malah, pertembungan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (N.12) Sulaman itu satu kelebihan kepada Bersatu dengan pencalonan penyandang kerusi itu yang juga Ketua Pimpinan Parti Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Mohd Nor.
Semua bakal terjawab dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRN Sabah 2020) yang akan berlangsung pada 26 September depan.
Proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (N.12) Sulaman berjalan lancar dengan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Seperti yang dijangkakan hanya tiga calon yang menghantar borang pencalonan selepas pengumuman tempoh tamat penghantaran borang pada jam 10 pagi yang diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya (N.12) Sulaman, Soffian Alfian Nair.
Soffian yang kemudiannya mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding berkata tiada pencalonan yang ditolak.
Calon dari Parti Warisan Sabah Warisan, Datuk Aliashgar Basri tiba awal pada jam 8.30 pagi dengan diiringi pencadang dan sekumpulan penyokong.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI: LAPOR LANGSUNG: LIPUTAN KOMPREHENSIF PENAMAAN CALON PRN SABAH KE-16
Pada jam 8.38 pagi pula calon dari Parti Cinta Sabah, Datuk Rekan Hussien tiba di perkarangan dewan pencalonan dengan hanya diiringi pencadang.
Tepat jam 9 pagi, Hajiji tiba dengan berbaju Melayu merah sambil diiringi pencadang dan penyokong.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Hajiji yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional menang dengan majoriti 7,774 undi menewaskan dua pencabar lain masing-masing dari parti Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah.
Di bawah Parlimen Tuaran sebelum ini hanya terdapat tiga kerusi Dun iaitu N.9 Tamparuli, N.10 Sulaman dan N.11 Kiulu.
Selepas persempadanan dilaksana, tambahan satu kerusi DUN bagi N.13 Pantai Dalit.
Dua kerusi tumpuan di kawasan Parlimen ini adalah di (N.12) Sulaman yang ditandingi Hajiji dan (N.15) Kiulu yang ditandingi Presiden Pertubuhan Progresid Kinabalu Bersatu UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
#Aliaashgar Basri #Barisan Nasional #Hajiji Mohd Nor #Madius Tangau #Melayu #PBS #PRN Sabah #PRN Sabah 2020 #PRU15 #Reka Hussien #Sabah Memilih #Soffian Alfian Nair #Warisan
;