PRN Sabah: Pertembungan BN, sekutu, kerusi tumpuan, apa anda perlu tahu

Bernama
September 12, 2020 22:32 MYT
PRN ke-16 ini juga menyaksikan satu lagi drama politik antara BN, PN dan PBS apabila kesemuanya bersaing untuk merebut dua kerusi iaitu di DUN Paginatan dan DUN Tulid.
Barisan Nasional (BN), rakan sekutunya daripada Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertembung di 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
DUN terbabit adalah:
  1. Bengkoka
  • Matunggong
  • Tandek
  • Kadamaian
  • Tanjung Aru
  • Kapayan
  • Moyog
  • Lumadan
  • Paginatan
  • Tambunan
  • Bingkor
  • Liawan
  • Melalap
  • Tulid
  • Sook
  • Telupid
  • Karamunting
  • Dalam pertembungan tiga sekawan di 17 kerusi itu, antara lokasi yang menarik ialah DUN Bengkoka yang menyaksikan calon BN Harun Durabi, juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kudat akan berdepan calon muka baharu iaitu Penolong Setiausaha PBS Bahagian Banggi, Dr Samuil Mopun dalam pertandingan 11 penjuru.
    BACA: LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH KE-16 ADA DI SINI
    Pertembungan antara rakan sekutu di DUN Matunggong pula melibatkan penyandang Julita Mojungki daripada PBS akan berdepan dengan Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Richard Kastum yang merupakan calon BN, bagi mempertahankan kerusi tersebut.
    Turut menarik tumpuan ialah DUN Tandek yang menyaksikan pertembungan antara calon paling muda dalam edisi kali ini yang mewakili BN iaitu Ketua Bahagian PBRS Tandek, Yillson Yanggun ditentang Timbalan Ketua Bahagian PBS Tandek Hendrus Anding.
    Lebih menghangatkan kerusi DUN Tandek apabila penyandangnya Datuk Anita Baranting turut bertanding bagi mempertahankan kerusi tersebut dalam pertandingan enam penjuru.
    Manakala di DUN Kapayan pula menyaksikan Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung mewakili BN, bertembung dengan bekas ADUN Kapayan Datuk Dr Edwin Bosi daripada PBS dalam pertandingan tujuh penjuru.
    Bagi DUN Melalap pula, calon BN Jamawi Jaafar akan berdepan calon PBS Datuk Radin Malleh yang merupakan Timbalan Presiden PBS juga bekas ADUN Melalap sejak 1999 sehingga 2018 dalam persaingan enam penjuru yang turut menyaksikan penyandangnya iaitu Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony turut bertanding untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
    Persaingan merebut kerusi DUN Bingkor dan DUN Tambunan juga akan menjadi tumpuan apabila penyandangnya Robert Tawik (PN-STAR) dan Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan berdepanpencabar mereka yang merupakan rakan sekutunya PBS masing-masing diwakili Peter Jino Allion dan Silverius Bruno.
    Situasi sama berlaku di DUN Moyog yang menyaksikan calon PN-STAR Joe Suleiman akan bertemu dengan calon PBS John Chryso Masabal dalam pertandingan tujuh penjuru yang turut menyaksikan bekasMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking akan bertanding atas tiket Warisan.
    PRN ke-16 ini juga menyaksikan satu lagi drama politik antara BN, PN dan PBS apabila kesemuanya bersaing untuk merebut dua kerusi iaitu di DUN Paginatan dan DUN Tulid.
    PRN kali ini menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan termasuk 13 kerusi baharu.
    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 Sept.
    -- BERNAMA
    #17 kerusi #Barisan Nasional #BN #DUN #kerusi panas #Pakatan Nasional #PBS #pertembungan #PN #PRN #PRN Sabah #Sabah Memilih #sekawan
    ;