PRN Sabah: Pengumuman calon Warisan Plus tanpa PKR

Syah Hairizal Kamalul Arifin
September 10, 2020 11:17 MYT
Pengumuman calon Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri Sabah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. - Astro AWANI
Majlis pengumuman calon pakatan politik diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) iaitu Warisan Plus, sedikit suram apabila salah satu daripada parti gabungannya tidak dapat hadir bersama.
Ketidakhadiran penyokong PKR pada majlis itu menguatkan lagi andaian bahawa parti tersebut mahu bertanding secara berasingan.
Bagaimanapun, terdapat ahli parti tersebut yang hadir tanpa mengenakan pakaian korporat PKR, antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew dan Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.
Semalam, PKR mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi DUN pada pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 yang akan berlangsung 26 September ini.
Ketua penerangan majlis pimpinan negeri MPN PKR Sabah Simsudin Sidek berkata, peningkatan daripada lapan kerusi ditandingi sebelum ini munasabah seiring penambahan kerusi DUN di Sabah
#ADUN #calon #pengumuman #PKR #PRN Sabah #Sabah Memilih #Warisan #Warisan Plus
;