PRN Sabah: PBS sahkan tanding 15 kerusi
Ruzaini Zulkepli
September 10, 2020 21:44 MYT
September 10, 2020 21:44 MYT
Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan bertanding di 15 kerusi dengan menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini.
Dalam kenyataan media, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kesemua kerusi itu menggandingkan muka lama dan baharu.
"Pada hari ini, PBS telah mengenal pasti 15 kerusi dipertandingi dengan menggunakan bendera dan logo sendiri.
"Sebelumnya, kita telah meminta 25 kerusi kerana kami percaya ia boleh dimenangi untuk Perikatan Nasional (PN), tetapi bagi menghormati komponen lain, kami memutuskan untuk menang dan merampas kembali kerajaan negeri Sabah demi rakyat serta pembangunan negeri, "katanya.
Jelas beliau, kerusi yang dipertandingkan itu merupakan kerusi PN dan pihaknya terutama di peringkat akar umbi percaya dengan menggunakan lambang PBS, parti itu dilihat mempunyai kekuatan sendiri.
15 kerusi terbabit adalah seperti berikut:
1) DUN Bengkoka: Samuil Mopun (muka baharu)
2) DUN Matunggong: Julita Majungki (penyandang)
3) DUN Tandek: Hendrus Anding (muka baharu)
4) DUN Kadamaian: Demis Rumanti (muka baharu)
5) DUN Tamparuli: Datuk Jahid Jahim (penyandang)
6) DUN Kiulu: Datuk Joniston Bangkuai (penyandang)
7) DUN Inanam: Datuk William Majimbon (muka baharu)
8) DUN Api-Api: Datuk Yee Moh Chai
9) DUN Tanjung Aru: Datuk Yong Oui Fah
10) DUN Kapayan: Dr Edwin Bosi (muka baharu)
11) DUN Limbahau: Datuk Johnny Mositun (muka baharu)
12) DUN Kundasang: Datuk Dr Joachim Gunsalam (penyandang)
13) DUN Melalap: Datuk Seri Radin Malleh
14) DUN Telupid: Johnnybone J Kurum (muka baharu)
15) DUN Karamunting: Kong Nyuk Thou (muka baharu)